Selasa, 31 Desember 2013

VIDEO Bila Mat Salleh Cakap Loghat Terengganu

VIDEO: Bila Mat Salleh Cakap Terengganu Di Pulau Kapas

KATANYA kalau kita pergi ke Pulau Kapas, kita pasti akan bertemu ‘Mat Dan’
Difahamkan Mat Dan adalah seorang warga British yang dah lama menetap di pulau itu, tak nak balik-balik la kot.
Sememangnya pulau-pulau di negara kita khususnya di Terengganu memang cantik dan menarik sehinggakan ada yang terus jatuh cinta pada flora dan faunanya, termasuk dengan awek-aweknya sekali heheheh
Khabarnya Mat Dan dah pun memeluk Islam, baguslah tu
Mungkinkah Mat Dan pun dah menemui ‘cintanya’ di sini?
Wallahualam…. MyNewsHub

Senin, 30 Desember 2013

Azizan berjaya tadbir Kedah

sinar
24 Oktober 2012
Azizan Abdul Razak
Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau telah berjaya mentadbir Kedah tanpa banyak masalah dan berharap untuk terus mentadbir negeri ini sehingga pilihan raya akan datang.
  
"Syukur kerana saya dah pertahan Kedah tanpa sebarang kegagalan. Saya dapat ketuai bala tentera saya untuk memerangi musuh, musuh politik saya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
  
Azizan berkata Kedah juga merupakan negeri dikuasai pembangkang yang paling kurang "diganggu".
  
"Saya tengok surat khabar, di Kelantan, Selangor hampir setiap hari orang dok usik. Di Pulau Pinang dulu pun selalu. Saya takde masalah. Saya harap semua projek kerajaan negeri terlaksana dengan baik," katanya yang akan berusia 68 tahun esok.
  
Sementara itu, Azizan berkata kerajaan negeri akan membina lebih banyak projek perumahan selain projek perumahan oleh kerajaan pusat yang merancang membina 2,000 rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) iaitu 1,000 di Changlun dan 1,000 lagi di Kota Setar.
  
"Di peringkat negeri BDB (anak syarikat kerajaan negeri Bina Darulaman Berhad) akan mula bina (rumah) di Sungai Petani dan Kuala Ketil. Di Pokok Sena pula oleh Seri Temin (satu lagi anak syarikat). Di Kubang Pasu pun ada tetapi lambat sikit kerana kita kena buat perancangan baharu," katanya. - Bernama

Minggu, 29 Desember 2013

VIDEO Menjijikan Kalah Taruhan Presenter Bola Ini Makan Daging Tikus



Lalu apa hubungannya kisah ini dengan dunia sepakbola ?, sudah jelas tentu ada, kerana yang jadi topik taruhannya, adalah pemain pertahanan asal Negara Sepanyol, yang kini sedang bertugas untuk Kelab Chelsea.
Kehadiran Cesar Azpilicueta di Tim Olympique Marseille pada tahun 2010, telah membuat impresi yang buruk di mata Eric Di Meco, sehingga bagi mantan pemain Marseille yang kini sudah beralih profesi sebagai presenter radio ini, ia jadi membuat sumpah keramat, kalau jika suatu hari nanti Cesar boleh tembus Tim Nasional Sepanyol, dia akan dengan senang hati menghabiskan sajian yang terbuat dari daging tikus.
2 tahun telah berlalu, Azpilicueta ternyata makin menggila, kini dia sudah menjadi pilihan regular buat sebuah kesebelasan Juara Eropah, dan yang akhirnya mengantarkan langkahnya, untuk bermain selama 90 minit penuh ketika La Furia Roja menghadapi Uruguay, dalam pertandingan yang terselenggara pada tanggal 6 April yang lalu.
Dan untuk menepati janji perkataannya tersebut, Di Meco bertindak kesatria, ketika dalam sebuah siaran langsung radio, yang juga boleh diliput oleh sebuah rakaman televisyen, ia akhirnya melahap habis sajian daging Coypu ( sejenis binatang yang dikenal dengan sebutan tikus air ), sebagai pelampiasan kekalahannya, dan sebagai bukti yang janjinya bukan cakap kosong..
 VIVAnews

Sabtu, 28 Desember 2013

Semakan Online Syarat Kelayakan Kemasukan Ke IPTA 2013 2014


Semakan Online Syarat Kelayakan Kemasukan Ke IPTA 2013 / 2014

Semakan Online Syarat Kelayakan Kemasukan Ke IPTA 2013 / 2014 |  Bagi lepasan SPM tahun 2012 Dan STPM 2012 ini, kerajaan dah ambil inisiatif untuk memudahkan adik-adik yang berminat untuk menyambung pelajaran ke IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam). 

Pertama sekali, UPU dah buatkan satu laman web untuk memudahkan adik-adik semak kelayakan melalui online sahaja. Tak perlulah juling mata lagi nak baca borang yang setebal novel untuk semak satu persatu kelayakan adik-adik. Apa yang perlu dibuat ialah dengan klik pada pautan dibawah :

SISTEM SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN MASUK IPTA

Langkah - Langkahnya :

Step 1 

Klik Tulisan Berwarna Merah Diatas

Step 2

Akan Keluar Gambar Seperti Dibawa ini. Seterusnya, Isi No Mykad, Nama Penuh Anda, No.Telefon dan Email. Sudah Selesai Silah Pilih Kelayakan atau Kelulusan anda sama ada SPM atau STPM

Semakan Online Syarat Kelayakan Kemasukan Ke IPTA 2013 / 2014


Step 3

Seterusnya akan keluar gambar seperti dibawa ini dan anda dikehendaki untuk mengisi keputusan MUET, Aliran STPM yang anda ambil, Keputusan STPM mengikut Sabjek yang anda ambil dan SPM. Dah Siap Klik Button Seterusnya

Semakan Online Syarat Kelayakan Kemasukan Ke IPTA 2013 / 2014

Step 4

Seterunya akan keluar seperti gambar dibawah ini.. dan disini anda dikehendaki untuk memilih IPTA. Sudah Pilih IPTA pilihan anda. Klik semak Syarat Kelayakan

Semakan Online Syarat Kelayakan Kemasukan Ke IPTA 2013 / 2014


Step 5 

Semakan Online Syarat Kelayakan Kemasukan Ke IPTA 2013 / 2014

Dan Hasilnya akan keluar Macam Di atas  ini ... Bagi yang bertanda warna hijau itu menunjukkan anda layak dalam kursus tersebut dan warna merah anda tidak layak .. n selamat mencuba.

Jumat, 27 Desember 2013

Gate sedia anjur debat Ahmad Said Raja Baharin

Harakahdaily, 05 Feb 2013
KUALA TERENGGANU: Gabungan Anak Terengganu (Gate) bersedia menjadi penganjur perdebatan pihak kerajaan dan pengkritik, di antara Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dengan Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Datuk Kamarul Baharin atau di antara Penyelia Dun Ladang, Datuk Wan Hisham Wan Salleh dengan Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar atau kedua-duanya sekali.

 Presidennya, Ahmad Amzad Hashim menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau terpanggil mengulas sama isu nasib penduduk-penduduk asal Kampung Ladang Tok Pelam yang telah diambil tanah mereka atas nama pembangunan dan sebahagian mereka ditempatkan di Flat Ladang Gemilang sebagaimana dipaparkan dalam artikel HarakahDaily beberapa hari lepas dan Sinar Harian Edisi Terengganu 3 Februari.
Katanya, dalam pada sebahagian dari penduduk Terengganu melihat bangunan-bangunan flat tersebut sebagai simbol pembangunan, tidak ramai menyedari kesengsaraan yang dialami oleh penduduk-penduduk yang merasai sendiri pengalaman mendiami unit-unit flat tersebut.
Menurutnya, rata-rata mereka adalah penduduk miskin yang masih berharap pada janji kerajaan yang pada suatu hari rumah yang mereka diami akan diberi pemilikan melalui skim sewa beli.

“Kata mereka kerana itulah mereka sanggup tinggal di flat berkenaan dengan kadar sewa yang lebih tinggi berbanding kadar sewa yang pernah dijanjikan oleh Menteri Besar terdahulu Yang Berhormat Datuk Seri Idris Jusoh,” ujarnya.
 Selengkapnya

Mengenang Fenomena Aneh Gadis Kristal Di Tuban

Sepanjang kurun tahun 2012, di nusantara banyak terdapat fenomena aneh yang dialami oleh warga. 

Di antara mereka ada gadis yang mengeluarkan butiran semacam kristal dari dalam bola matanya, gadis yang mengeluarkan butiran kristal dari pusarnya atau balita yang air liurnya yang menetes kemudian membentuk butiran kristal.

Click : Nikmatnya Oleh-oleh Khas Tuban
  
Click :  Jenazah Utuh Dimakamkan 35 Tahun Di Tuban
            
Saya merasa beruntung bisa menyaksikan sendiri salah satu fenomena itu pada kisaran bulan Februari - Maret 2012 ketika mengadakan liputan tentang seorang Gadis Kristal di Tuban. Terlepas dari apa latar belakang dan faktor penyebabnya, fenomena yang terjadi pada gadis itu itu memang cukup unik dan menarik.

Adalah Siti Erniawati ( 20 th ), seorang gadis warga Desa Beji kecamatan Jenu , Kabupaten Tuban - Jawa Timur yang mengalami fenomena itu dan dijuluki sebagai Gadis Kristal. Julukan itu karena dari tubuh Erna yaitu pada bagian pusarnya mengeluarkan butiran kristal.

Pada saat itu ,butiran kristal itu keluar setiap hari sekitar 3-10 butir yang tidak bisa ditentukan kapan saat keluarnya. Begitu Erna merasakan sesuatu yang gatal pada pusarnya, bisa dipastikan  butiran kristal segera keluar dari pusarnya.

Bagaikan bunga yang sedang mengembang, pusar Erna yang tampak tonjolan kecil kemudian mengembang dan dari dalamnya keluar butiran yang tampak kecil dan berkilauan.Butiran ituada yang berbentuk seperti diamond cutting, bulat atau berbentuk tak beraturan.

Atas saran dari keluarganya,  berlian itu oleh Erna kemudian ditempatkan di kantung platik dan ditaruh di kotajk perhiasan walau mereka tidak mengetahuinya apakah benda tersebut merupakan benda berharga atau tidak. Mereka menyimpannya sekedar untuk menjadikannya sebagai  kenang-kenangan saja tanpa ada maksud untuk emgkultuskannya atau yang lainnya.

Pernah juga ada pihak yang mengusulkan agar fenomena Gadis Kristal itu digunakan sebagai media pengumpulan dana untuk pembangunan tempat ibadah atau kegiatan amal lainnya. Tetapi usul itu juga tidak ditanggapi.Siti Erniawati dan keluarganya justru menganggap hal itu adalah hal yang biasa saja. Dia juga beraktifitas harian seperti biasanya dengan berdagang gordin di toko yang ada di pasar dantak jauh dari rumahnya.


Untuk mengetahui video tentang Gadi kristal ini Anda bisa langsung Klik Link di bawah ini :
Video Gadis Kristal -1

Fenomena Gadis Kristal ini pada saat itu cukup menghebohkan warga di kabupaten Tuban. Mereka berbondong-bondong mendatangi rumah Erna untuk melihat kebenaran berita dan fenomena itu. Tak ketinggalan juga awak pers juga meliputnya.

Seorang Dokter yang pernah memeriksa butiran batu yang keluar dari pusar Erna mengatakan mengetahui bagaimana jenis batu itu tanpa bersedia menjelaskan hasil pemeriksaan pada batunya. Dia juga menyatakan tidak tahu bagaimana batu itu bisa keluar dari dalam pusar Erna. 

Seiring dengan berjalannya waktu dan khawatir perkembangan berita tentang gadis Kristal di Tuban ini bisa menjadi berita yang meresahkan, akhirnya izin liputan dan pemberitaan tentang Gadis Kristal ini kemudian diperketat dan melalui satu juru bicara saja yang dekat dengan keluarga besar Erna.

Lambat laun, hiruk pikuk kisah tentang Gadis Kristal itu pun mereda dan kemudian tak terdengar lagi. Sebuah fenomena yang unik dari seorang gadis di Bumi Ronggolawe.

====================

Baca juga dan Klik artikel menarik berikut ini  :

 Jenazah Utuh Dimakamkan 35 Tahun Di Tuban


Main Game = Dapat Dollars   

Instant Access To Get Freelancer Jobs 

Menambang Uang Melalui Facebook dan Twitter

Peluang Mendapatkan Dollar Via Internet 

Museum Santet Di Surabaya

Tips Memasang Iklan Di Blog 

Share Status di Fb/Twitter Dapat Komisi 


Click Nikmatnya Oleh-oleh Khas Tuban


Artikel-artikel Menarik lainnya bisa Anda baca 

di Link berikut ini :

www.blogger.comblogspot.com


Kamis, 26 Desember 2013

Binatang Yang Suaranya Bisa Terdengar Sampai Jauh

Hewan mengirimkan pesan untuk alasan-alasan yang sangat spesifik, seperti untuk tanda bahaya atau untuk ritual perkimpoian. Beberapa panggilan tersebut begitu keras dapat melalui air atau terpental pohon bermil-mil untuk sampai ke penerima mereka, seperti binatang berikut... 7 Binatang YangSuaranya Bisa Terdengar Sampai Jauh

1. Paus Biru
Suara paus biru adalah yang paling keras di bumi, dengan keras 188 desibel, jika kita bandingkan dengan konser rock yang rata-rata hanya menccapai 100 desibel, maka ini hampir dua kali lipatnya. Paus biru jantan biasa menggunakan suara kerasnya untuk menarik pasangan yang jaraknya ratusan mil jauhnya.

2. Howler Monkey
Hewan ini ditemukan di hutan hujan amerika. Bisa tumbuh sampai dengan tinggi 4 kaki dan biasa hidup berkelompok. Lolongan monyet ini bisa terdengar sampai 10 mil, dan masuk rekor guinness sebagai the loudest land animal.

3. Gajah
Ketika gajah memijakkan kakinya,getaran bisa terdengar sampai 20 mil melalui tanah. Sebagai informasi gajah juga melakukan komunikasi melalui kaki yang dihasilkan getaran tersebut. Penelitian di afrika mengidentifikasi gajah mengirimkan pesan untuk peringatan, untuk menyapa dan untuk mengumumkan.."Lets go..". Suara ini berkekuatan 80-90 desibel, lebih keras daripada kebanyakan manusia berteriak

4. North American Bullfrog
Namanya berasal dari suara kerasnya, teriakan jauh yang dikeluarkan katak jantan. Suaranya bisa terdengar hingga satu setengah mil jauhnya, membuat mereka jauh lebih besar dan lebih ganas daripada sebenarnya.Untuk membuat suara beresonansi yang digunakan untuk panggilan kimpoi, katak jantan memompa udara bolak-balik antara paru-paru dan mulut dan diseberang pita suaranya.

5. Hyena
Jika anda kebetulan mendengar suara tertawa atau melihat hyena, kami sarankan anda meninggalkan gedung. Hyena membuat staccato, serangkaian suara hee-hee-hee bernada tinggi atau disebut "cekikikan" oleh ahli zoologi ketika mereka sedang terancam, dikejar, atau diserang. Tawa mengganggu ini bisa didengar hingga delapan mil jauhnya.

6. Singa Afrika
Mungkin adalah hewan yang panggilannya paling gampang dikenali, raungan singa jantan digunakan untuk memburu saingan dan untuk menunjukan dominasi. Sedangkan singa betina meraung untuk melindungi anaknya dan menarik perhatian singa jantan. Auman singa terdengar bisa mencapai 5 mil jauhnya.

7. Northern Elephant Seal Bull
Sepanjang garis pantai California, hidup gajah laut berwajah aneh, dengan moncong besar dan bergerak terhuyung-huyung. Ketika tiba waktunya untuk kimpoi, yang jantan mengeluarkan panggilan serupa dengan suara gajah. Panggilan ini dapat didengar untuk beberapa mil, memungkinkan pejantan dan betina yang dekat tahu siapa yang berkuasa.
sumber

Rabu, 25 Desember 2013

11 Artis Hollywood Ini Ternyata Mirip Hewan

Masih ingat dengan penampilan Nicki Minaj yang dianggap mirip ikan Lohan beberapa waktu lalu? Ternyata dia tidak sendirian, karena banyak artis Hollywood lain yang jika dilihat-lihat akan mengingatkan kita pada hewan di sekitar kita.
Bisa saja kebetulan, atau mungkin juga disengaja. Pastinya, kemiripan bentuk fisik dan aksesoris yang dikenakan pasangan artis dan hewan ini bisa dibilang sangat mencengangkan.

Siapa saja sih artis yang dianggap mirip dengan hewan ini? Semirip apa pula penampilan mereka? Daripada buang-buang waktu, langsung saja simak ulasan yang satu ini!
1. Nicki Minaj vs Ikan Lou Han

Memang tidak salah jika Nicki Minaj dijuluki Fishy Minaj. Lihat saja kemiripan dua makhluk ciptaan Tuhan di atas. Gaya rambut kribo Nicki ini tentunya mengingatkan kita pada ikan Lou Han yang memang terkenal berdahi cunong dan memiliki warna beragam. Selain kepala, kemiripan lain adalah bibir yang sama-sama tebal. Ada yang tidak sepakat?

2. Samuel L Jackson vs Anjing

Tentunya takkan sulit menemukan kemiripan antara Samuel L Jackson dan anjing di sebelahnya. Bagaimana tidak, keduanya memakai topi yang sama persis. Well, kalau boleh jujur, sebenarnya warna kulit mereka juga sangat serasi

3. Cher vs Anjing

Pasangan ini punya wajah yang lonjong dan warna kulit (dan bulu) warna putih. Selain rambut blonde yang terurai panjang, sorot mata kedua makhluk Tuhan ini juga seolah menyimpan pesan damai yang menyejukkan dunia.

4. Kim Kardashian vs Rakun

Sang rakun punya wajah yang simetris di bagian alis, hidung dan mulut. Hal itu juga yang terlihat saat kita melihat belahan rambut super rapi di kepala Kim Kardashian itu. Namun di balik kesimetrisan itu, ada hal lain yang membuat mereka mirip, yaitu sorot mata.

5. Sarah Jessica-Parker vs Kuda

Siapapun pasti sepakat jika ada yang mengatakan wajah Sarah Jessica-Parker itu lonjong. Sayangnya, tak banyak yang berani berkata bahwa wajah lonjong pemain SEX AND THE CITY itu sangat mengingatkan kita pada kuda coklat itu.

6. Haley Joel Osment vs Kucing

Haley Joel Osment memang memiliki wajah yang lemah lembut dan mendamaikan. Hal itu juga yang akan kita rasakan saat melihat kucing bermata polos di sampingnya. Rambut dan warna kulit yang senada juga makin melengkapi keserasian mereka. Semoga mereka berjodoh.

7. Adrian Brody vs Anjing

Kostum yang mereka kenakan memang tidak sama. Namun saat melihat wajah Adrian Brody, tentunya semua orang akan ingat pada anjing cantik berwarna putih ini. Hidung (khusus anjing, baca moncong) yang mancung dan telinga lebar adalah salah satu bukti kemiripan mereka.

8. Rihanna vs Unta

Jangan tersinggung kalau penampilan Rihanna yang satu ini dianggap mirip unta. Lihat saja gaya rambut kecoklatan yang digunakan Rihanna saat itu, hampir sama dengan jambul sang unta. Well, semoga saja Rihanna juga memiliki daya tahan tubuh unta yang bisa bertahan lama dalam situasi terburuk itu.

9. Danny DeVito vs Panda

Mata sayu yang ditutupi kacamata dengan frame hitam memang membuat penampilan Danny DeVito seolah mirip dengan panda lucu ini. Gaya yang malu-malu namun penuh rasa ingin tahu itu membuat keduanya tampak serasi. Mungkin mereka memang saudara.

10. Iggy Pop vs Kucing Sphynx

Jika masih ada yang bingung kenapa pasangan ini dianggap mirip, segeralah alihkan pandangan pada perut Iggy Pop. Dalam gambar tersebut, terlihat jelas betapa kulitnya terlihat kendor seperti kulit kucing Sphynx di sebelahnya. Sepertinya musisi yang satu-satu ini memang harus buru-buru pergi ke dokter kulit untuk menghilangkan kulit kendor itu.

11. Paris Hilton vs Ilama

Ternyata Paris Hilton pun tak bisa lolos dari daftar artis yang mirip hewan. Lihat saja foto kemiripan sosialita ini dengan Ilama di sebelahnya. Warna rambut (dan bulu) yang sama-sama blonde mungkin bisa jadi petunjuk bahwa mereka mungkin bersaudara.
 
 
sumber

Selasa, 24 Desember 2013

Tak boleh mengundi nombor IC dicuri

Harakahdaily

17 Mei 2012

BATU GAJAH: Seorang wanita mendakwa dirinya hilang kelayakan mengundi apabila semakan di web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menunjukkan nombor kad pengenalannya dimiliki pihak lain.

Ketika membuat semakan, Puan Tamil Malar yang memiliki no kad pengenalan biru 750516-08-5360 terkejut apabila namanya tidak keluar tetapi yang dipapar adalah nama seorang lelaki Mansor Bin Jali.

Puan Tamil Malar menetap di DUN Tronoh, Parlimen Batu Gajah, Perak namun dalam semakan menggunakan no kad pengenalannya itu memaparkan beliu adalah pengundi di DUN Ayer Limau, Parlimen Masjid Tanah, Melaka.

Sementara itu, Adun Tronoh V.Sivakumar berkata, pihaknya hairan dengan kes yang berlaku itu sedangkan daftar pemilih dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu disemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Terbukti  ada unsur-unsur  penipuan dalam pendaftaran pemilih.

"Saya memohon kepada Pengerusi SPR Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai hal ini dengan segera," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Sivakumar lagi, pihaknya kini sedang giat megesan pengundi hantu yang mungkin wujud di Dun itu.

"Kami sedang membuat operasi  ‘Ghost Busters’ di DUN Tronoh dan dalam operasi ini kami berjaya megesan satu kes penipuan yang sangat nyata," katanya merujuk kepada kes Puan Tamil Malar itu.

Senin, 23 Desember 2013

Harakah Belum dijual sudah dirampas

Harakahdaily, 31 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri yang merampas akhbar milik Parti Islam Se-Malaysia (PAS), iaitu Harakah.
"DPPM menganggap tindakan KDN adalah suatu dendam politik kesumat Menteri Dalam Negeri ketika pasca PRU13 dan yang menjadi mangsa adalah akhbar milik PAS," ujar Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar) dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tinjauan DPPM mendapati dirampas kebanyakannya di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Justeru, katanya DPPM mempersoalkan syarat-syarat permit yang ketat, tidak rasional serta tidak praktikal oleh KDN dengan menghadkan jualan akhbar tersebut hanya untuk ahli parti dan dijual di premis parti sahaja.

"Sebagai sebuah parti yang berdaftar dan sah di dalam sistem demokrasi di negara ini, PAS berhak memiliki akhbarnya sendiri dan menjual akhbar miliknya di ruang terbuka tanpa sekatan," ujarnya.

Beliau menegaskan, Harakah bukan barang haram yang tidak boleh dijual, ia telah mendapat permit secara sah dari kerajaan dan milik parti yang sah dalam negara ini.

Selain itu, tambah beliau alasan KDN merampas akhbar ialah kononnya ia dijual di tempat terbuka.

Namun begitu, tambah beliau DPPM melihat tidak semestinya apabila ia dijual di tempat terbuka ia tidak boleh dibeli oleh ahli PAS.

Katanya, dengan keahlian PAS berjumlah sejuta orang, bagaimana ahli PAS untuk mendapatkan akhbarnya sendiri jika tidak dijual di pasaran terbuka dan diketahui ramai.

Menurutnya lagi, DPPM juga difahamkan, pihak pengurusan Harakah telah mengikut segala peraturan-peraturan KDN meskipun ia tidak masuk akal, antaranya adalah setiap kedai disediakan satu rak berasingan untuk akhbar Harakah dengan akhbar lain.

"Pihak Harakah telah membelajakan hampir RM70,000 untuk membeli rak di kedai seluruh negara. Itupun KDN masih tidak berpuas hati dan masih mahu merampasnya!" ujarnya.

Beliau berkata, DPPM juga merasa kesal kerana penguatkuasaan KDN tidak mengikut Sistem Prosuder Kerja (SOP), justeru ramai pengedar mengadu sebahagian daripada Harakah dirampas ketika masih belum dipamerkan lagi.

Dalam erti kata lain, ujar beliau kebanyakan naskah masih belum dijual dan masih dalam bungkusan lagi.

Jika demikian, katanya KDN jelas telah melanggar SOP yang ditetapkan oleh mereka sendiri.

Kesannya, ujar Khairul Faizi jualan Harakah telah merosot sebanyak 10,000 naskah sejak dirampas sebanyak 2 keluaran yang lepas, antara puncanya kerana pengedar dan penjual Harakah ditakut-takutkan dengan tindakan mahkamah serta denda maksimum sebanyak RM5,000.

"Jelaslah tujuannya adalah untuk mencampakkan rasa takut dalam diri pengedar Harakah serta untuk melumpuhkan rangkaian penjualan dan pengedaran Harakah seluruh negara," katanya.

Justeru, beliau mempersoalkan mengapa KDN tidak pula merampas akhbar nasional yang jelas memaparkan berita fitnah, lucah, berat sebelah serta melanggar etika pemberitaan seolah-olah ia milik BN sahaja.

"Apakah kerana akhbar-akhbar ini menjaga hubungan baik dan pemberitaan mereka yang jelas condong kepada BN maka mereka diberikan terus hak beroperasi tanpa apa-apa tindakan?

"Apakah ini tafsiran demokrasi sebenar yang difahami oleh Menteri Dalam Negeri?" tanya beliau lagi.

Tindakan itu, katanya menggambarkan kegagalan Transformasi Politik Perdana Menteri khususnya melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Menurutnya, meskipun akta ini telah dipinda pada tahun 2012 namun ia langsung tiada memberi kesan, antaranya adalah pindaan yang dibuat langsung tidak menyentuh isu-isu fundamental dalam menilai kebebasan akhbar.

Selain itu, ujarnya kuasa mutlak untuk memberi permit, menggantung mahupun membatalkan permit akhbar terletak sepenuhnya pada Menteri Dalam Negeri dan boleh menggantung mana-mana akhbar tanpa memberi sebab dengan pihak yang dianiaya atau menjadi mangsanya tidak diberi ruang untuk membela haknya di mahkamah.

"Jika beginilah keadaannya, wajarlah rakyat bangkit menuntut hak mereka. Sudahlah media diperkudakan sepenuhnya untuk kempen selebah pihak BN sepanjang masa, media utama milik parti pula diambil tindakan.

"Selama begini keadaan demokasi di negara ini, selama itulah rakyat berada dalam kegelapan," ujarnya.

Minggu, 22 Desember 2013

Pelajar Tahun 5 Ditemui Lemas Di Kemaman


KEMAMAN – Seorang pelajar tahun lima yang dilaporkan hilang di Loji Air Sungai Pinang sejak dua hari lepas ditemui lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam berkata mayat Mohd Shafie Mohd Amin, 11, ditemui pukul 9 pagi ini oleh pasukan penyelamat.

“Operasi mencari mangsa melibatkan polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung menemui mayat mangsa terapung berhampiran lokasi dia dilaporkan lemas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Che Suza berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

Sabtu lepas Mohd Shafie dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Kemaman ketika memancing di loji air berkenaan.

Dalam kejadian 3.30 petang itu mangsa bersama rakannya berusia 21 tahun berada di dalam bot gentian kaca sebelum bot berkenaan terbalik dan kedua-duanya terjatuh ke dalam sungai.

Bagaimanapun rakan mangsa berjaya berenang menyelamatkan diri manakala mangsa dihanyutkan arus sungai yang deras. – BERNAMA

Sabtu, 21 Desember 2013

Sudah terlambat untuk maaf kata keluarga Kiram kepada Manila

Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita
March 06, 2013
Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, berdoa bersama keluarga dan penyokongnya di Taguig, Manila 6 Mac 2013. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR, 6 Mac — Keluarga Kiram menolak permintaan Manila untuk memohon maaf kerana tidak membalas surat yang ditulis pada 2010, dan memberitahu sudah terlambat kerana terlalu ramai warga Filipina mati ketika pertempuran ganas di Sabah.

Fatima Celia, isteri kepada Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu berkata kerajaan Filipina seharusnya memohon maaf kerana tidak melindungi “keluarga diraja Sulu”.
“Kerosakan sudah berlaku, bukan? Ramai yang sudah mati,” katanya ketika berita perdana jam 8 malam.

Adik Jamalul, Agbimuddin Kiram, yang mengetuai sekumpulan 200 orang bersenjata yang dikatakan “tentera diraja” Sulu ke Lahad Datu di Sabah pada 9 Februari, dan berharap dapat menakluk negeri Borneo itu.

Tetapi hari ini, selepas sebulan pendaratan mereka, puak bersenjata itu mengalami kematian di tangan pasukan keselamatan Malaysia, yang dalam operasi menghalau mereka dari negeri Malaysia Timur itu.

Insiden yang berlaku di sempadan Malaysia dan Filipina, dan percanggahan pendapat dalam pentadbiran Aquino, kerana membiarkan warganya terlibat dalam kejadian tembak-menembak.
Walaupun diserang, Jamalul berkata di saluran berita ABS-CBN “pintu perundingan masih lagi terbuka”.

Philippine Daily Inquirer melaporkan tengah hari tadi Setiausaha Luar Albert del Rosario, yang baru pulang dari Malaysia semalam, merancang mahu memohon maaf kepada Agbimuddin kerana gagal membalas surat dari pemimpin Sulu kepada pentadbiran Aquino pada 2010, yang meminta pandangan tentang tuntutan keluarganya ke atas Sabah.
“Saya berniat untuk menulis surat memohon maaf,” kata Del Rosario yang dipetik dari Inquirer.

Dalam kenyataan yang disiarkan di laman webnya hari ini, Jabatan Luar Negara Filipina (DFA) mengakui menerima surat dari Agbimuddin, yang dipercayai menghantar surat kepada Aquino dua hari sebelum Aquino mengambil alih pentadbiran pada 2010, dan surat itu ditemui oleh DFA.

“Setiausaha bertanggungjawab kerana tidak memandang perkara ini dengan teliti,” menurut kenyataan tersebut.
Aquino sebelum ini mengatakan surat tersebut “hilang dalam keserabutan birokrasi,” sementara jurucakapnya Edwin Lacierda berkata Malacanang, kediaman rasmi Presiden, tidak pernah menerima surat dari Agbimuddin.

Menurut laporan sebelum ini, surat tersebut mengucapkan tahniah ke atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden, dan mahu kerajaan membantu Sultan dalam usaha menuntut kembali Sabah, di samping perbincangan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). Malaysia adalah fasilitator dalam perbincangan tersebut.

Dalam surat tersebut, Agbimuddin turut memberitahu Aquino tentang penubuhan Badan Pemerintahan Diraja Sementara (ISRRC) di bawah Sultan, berikutan siri perbincangan di Siminul, Indanan dan Kawit di Filipina, akhbar tersebut melaporkan.

Agbimuddin yang merupakan pengerusi ISRRC turut meluahkan kekecewaannya kerana diabaikan selama lima dekad ke atas tuntutan Sabah, mengakhiri surat tersebut dengan berharap dapat menyaksikan “perubahan dalam melihat isu Sabah” dalam pentadbiran Aquino.

The Inquirer turut melaporkan Sultan Jamalul turut menulis surat kepada Aquino pada 2011 dan tahun lalu tetapi tidak mendapat respon, dan bersetuju untuk memberikan “perkenan diraja” membenarkan pengikutnya ke Sabah awal Februari tahun ini.

Pasukan keselamatan Malaysia dan pemberontak Sulu masih lagi bertempur dalam ketegangan selama hampir sebulan yang meragut lebih 20 nyawa, termasuk lapan anggota polis Malaysia.
Serangan udara yang dilakukan tentera udara Malaysia masih belum dibuktikan berjaya, bagaimanapun Agbimuddin dan puak bersenjata masih bergerak bebas.

Menurut laporan dari ahli keluarga di Taguig City, Filipina, kumpulan tersebut tidak mempunyai rancangan untuk meletakkan senjata dan bertarung hingga titisan darah terakhir, demi perjuangan masa depan keluarga tersebut.TMI